Pelepasan ke ruang perlindungan
Kucing yang diselamatkan kemudian dilepaskan ke ruang Teratak untuk memulakan hidup yang lebih terjaga.
Menjaga dan berbuat baik kepada kucing dengan ikhlas dikira sebagai amal sedekah dan pintu pahala yang besar di sisi Allah SWT. Perbuatan ini menjadi asbab seseorang mendapat rahmat-Nya.
Kerana itulah, kami berusaha menyediakan tempat berlindung untuk lebih 100 ekor kucing terbiar, walaupun serba daif dan kekurangan.
Setiap hari, pihak Teratak menyediakan makanan, membersihkan kawasan dan menjaga kucing yang sakit.
Kini kami perlukan tajaan untuk memastikan penjagaan yang berterusan dan membina rumah yang lebih selamat untuk mereka.
Satu Rumah. Ribuan Nyawa.
Beri Tajaan Untuk Teratak
Ruang yang ada digunakan seadanya. Apabila lebih daripada 100 ekor kucing berkongsi tempat yang sama, ruang untuk makan, berehat dan dipantau menjadi semakin terbatas.
“Mereka tak perlukan tempat yang mewah. Mereka cuma perlukan ruang yang lebih selamat untuk tidur, makan dan hidup dengan tenang.”
Sebab itu Teratak Kucing Barakah mahu membina Rumah & Taman Kucing yang lebih baik secara berperingkat — sambil terus menjaga kucing yang bergantung pada tempat ini hari ini.
Ada kucing yang baru diselamatkan, ada yang sedang dirawat, dan lebih daripada 100 ekor perlu diberi makan setiap hari. Semua ini diuruskan oleh pihak Teratak dengan bantuan tajaan orang ramai.
Lawatan awal telah dibuat untuk melihat keadaan sebenar lokasi dan meneliti dokumen berkaitan.
Tapak ini dipilih jauh dari kawasan penduduk bagi mengurangkan risiko pencemaran bau dan penyebaran penyakit.
Ini sebahagian daripada persediaan membangunkan Rumah & Taman Kucing yang lebih selamat dan teratur.
Ada yang datang dekat, ada yang berehat di atas pelantar, dan masih ada yang menyorok di bawah rumah. Ini antara kucing yang sempat kami rakam di Teratak.
26 foto penghuni TeratakTekan mana-mana gambar untuk lihat dengan lebih jelas. Sebahagian lagi masih suka menyorok dan belum sempat dirakam.
Melalui tajaan anda, pihak Teratak dapat menyediakan makanan, menjaga kebersihan dan mendapatkan rawatan untuk kucing-kucing yang dijaga.
Setiap makanan, minuman atau penjagaan yang diberikan kepada haiwan bernyawa bernilai sedekah.
Kasih sayang dan keikhlasan membantu haiwan boleh menjadi asbab mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.
Menaja makanan dan rawatan kucing boleh menjadi asbab keberkatan dalam hidup.
Setiap tajaan membantu pihak Teratak membeli makanan, menjaga kebersihan, merawat kucing yang sakit dan menyediakan Rumah & Taman Kucing secara berperingkat. Anda boleh memberi tajaan melalui DuitNow QR atau pemindahan dalam talian (online transfer).
Pilih salah satu cara di atas. Tiada jumlah minimum — beri tajaan mengikut kemampuan anda.
Jika anda mahu pihak Teratak merekodkan tajaan anda, hantar resit melalui WhatsApp. Jika tidak dihantar pun tidak mengapa — kami tetap sangat menghargai tajaan anda.
WhatsApp rasmi Teratak Kucing Barakah: 019-606 2511
Tiada minimum. Pilih sahaja jumlah yang anda selesa.
Tidak. Hantaran resit melalui WhatsApp hanyalah pilihan jika anda mahu pihak Teratak merekodkan tajaan tersebut.
Imbas DuitNow QR Teratak Kucing Barakah atau buat pemindahan dalam talian terus ke akaun CIMB yang dipaparkan. Tiada pakej atau jumlah minimum — pilih sahaja jumlah yang anda selesa.